Saturday, March 27, 2010

Breastfeed Exceeding Two Years Old


Image from www.910moms.com

It is encouraged in Islam to breastfeed newborns until the age of two years old. And we always hear about mommies who breastfeed their children up until they are three, some even four years old. But my curiosity was, what is the ruling in Islam if the breastfeeding exceeds the age of two years old? Yesterday, I found this article in Utusan Malaysia.

Kemusykilan Agama - Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
(Pengarah Institut Kajian Hadis, Selangor & Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor)


Soalan:
Apakah hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

Adakah menyusukan anak lebih daripada dua tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari 2 tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadii darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakkan ulama berpendapat patut dihentikan selepah dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

I intend, God willing, to breastfeed my baby until he is two years old, max. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails