Thursday, May 13, 2010

Artikel Penyusuan Ibu Di Tempat Kerja

KOSMO! Selasa 11 Mei 2010
Swasta Tidak Guna Peruntukan Ruang Ibu Menyusu Anak
Oleh Mazlina Abdul Majid (mazlina@kosmo.com.my)
SERI KEMBANGAN – Majikan di sektor swasta diselar kerana tidak memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM80,000 yang disediakan oleh kerajaan untuk membina ruang untuk penyusuan ibu di tempat kerja.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, mereka juga dilihat kurang memberi sokongan dan tidak prihatin kepada kakitangan wanita yang berada dalam tahap kritikal untuk menyusukan bayi.
"Ramai majikan terutama sektor swasta tidak memberikan kerjasama dan menyokong usaha kerajaan dalam membantu merealisasikan polisi penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan.
"Terdapat kes di mana ada majikan tidak membenarkan kakitangan untuk menyediakan susu mahu pun menyusukan anak," katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Persidangan Penyusuan Antarabangsa 2010 di sini semalam.
Persidangan yang akan diadakan pada 5 hingga 10 Oktober ini, bakal dihadiri 500 peserta dari Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Hong Kong dan Jepun.
Kebimbangan Rosnah sememangnya berasas kerana berdasarkan data National Health Morbidity Survey 2006, kadar penyusuan susu ibu eksklusif bagi bayi berusia enam bulan hanya mencapai 14.5 peratus.
Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), risiko bayi mati akan bertambah sekiranya tidak menyusu susu ibu dalam tempoh tiga hingga empat bulan pertama.
Sehubungan itu, Rosnah mencadangkan agar setiap majikan bukan sahaja menyediakan ruang penyusuan tetapi pada masa sama lebih fleksibel kepada kakitangan wanitanya.
"Saya juga menggalakkan agar mereka menyediakan peti sejuk khas untuk menyimpan susu bayi," katanya.
Pada perkembangan perkaitan, Rosnah turut menggalakkan majikan untuk menyokong inisiatif kerajaan melanjutkan tempoh cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari yang kini masih pada peringkat perbincangan.
---

I was lucky that my ex-employer was very understanding about breastfeeding. Initially there was no room for me to express my milk at work. But after discussing this matter with them, they put up blinds in the library so I could use it as my pumping station (I was the only mother in that agency!). They even encouraged me to pump every 3 hours and made sure I did it before we leave the office for any meetings. And the best part? My ex-bosses are men.

No comments:

Related Posts with Thumbnails